![]()
8 Sep 14 – Majlis serah terima tugas YDP Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) di antara YBhg Jen Tan Sri Dato Sri Rodzali bin Daud TUDM dengan YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM telah berlangsung di Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan hari ini. YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah memegang jawatan YDP KSSKA selama satu setengah tahun, melepaskan jawatan ini berikutan persaraan beliau dari perkhidmatan ATM.
Bagi menentukan kelancaran pengurusan dan perjalanan KSSKA, Panglima Angkatan Tentera selaku Penaung KSSKA telah bersetuju melantik Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM sebagai YDP KSSKA yang baru. Majlis serah terima tugas ini dihadiri oleh semua AJK KSSKA, manakala Ketua Staf MK ATM, Laksda Dato’ Nasaruddin bin Othman, hadir sebagai saksi serta mewakili Panglima Angkatan Tentera.
Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas segala pengorbanan dan komitmen yang diberi oleh YBhg Jen Tan Sri Dato Sri Rodzali bin Daud TUDM di dalam memartabatkan aspirasi KSSKA dan warganya.