Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia » Pangkat dan Jawatan
Viewing all 245 articles
Browse latest View live

10 Jul 14 : Perbarisan Bulanan Ketua Setaf, Markas 2 Div Udara

$
0
0

LABUAN, 10 Jul 14 – Perbarisan Bulanan Ketua Setaf, Markas 2 Div Udara telah diadakan di Padang Kawad Markas hari ini. Perbarisan yang terdiri dari dua pegawai dan 37 anggota LLP ini telah diketuai oleh Lt Kr Mohd Ridwan bin Zainal Abidin TLDM.

Dalam perbarisan ini, Ketua Setaf, Kol Noor Muhammad Akmar bin Mohd Dom TUDM turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada empat orang anggota markas.


14 Jul 14 : Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan

$
0
0

MIE_2395DSC_0041

KUCHING, 14 Jul 14 – Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan telah diadakan di hadapan Markas Pangkalan Udara Kuching. Perbarisan ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan anggota serta kakitangan awam yang berkhidmat di Pangkalan Udara Kuching. Perbarisan ini telah diketuai oleh Mej Fazley bin Arshad TUDM.

Di dalam ucapannya, Komander Pangkalan, Kol Saharuddin bin Mansor TUDM turut menyampaikan nasihat dan amanat kepada seluruh warga PU Kuching agar dapat mengekalkan tahap disiplin dan mutu kerja yang terbaik.

Komander Pangkalan juga turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada anggota pangkalan.

14 Jul 14 : Majlis Pemakaian Pangkat

$
0
0

DSC_1135_resize DSC_1129_resize DSC_1161_resize

ALOR SETAR, 14 Jul 14 –  Satu majlis pemakaian pangkat telah diadakan di hadapan Cabang Bomba, Kolej Tentera Udara. Komandan Kolej,  YBhg Kol Sardon bin Hassan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada PW U II Norazman bin Mohd Nor yang dinaikkan pangkat ke pangkuan PW U I mulai 7 Julai 14, FSjn Zamani bin Mohd Sanip telah dinaikkan pangkat ke pangkuan PW U II mulai 7 Julai 14. Manakala Sjn U Nornikman bin Kassim pula telah dinaikkan pangkat ke pangkuan F/Sjn mulai 2 Julai 14, Kpl U Mohd Hasnizam bin Abu Hashim dan Kpl U Mohd Sany bin Abbas telah dinaikkan ke pangkuan Sarjan Udara mulai 2 Julai 14.

17 Jul 14 : Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan

$
0
0

KTN_9352 KTN_9260 KTN_9303 KTN_9307 KTN_9333 copy KTN_9334

KUANTAN, 17 Jul 2014 – Satu Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan bagi bulan Julai telah diadakan di Dewan Seri Angkasa. Dalam perbarisan tersebut, Komander Pangkalan YBhg Brig Jen Hj Yazid bin Arshad TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 10 orang anggota LLP dan juga penyampaian sijil penghargaan kepada peserta Tilawah Al- Quran Peringkat Zon Timur.

Pangkalan Udara Kuantan telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan bagi Pertandingan Tilawah Al- Quran Peringkat Zon Timur 2014. YBhg Komander juga turut menyempurnakan upacara simbolik penyerahan sumbangan kepada anggota yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.

Dalam perbarisan tersebut, Komander Pangkalan turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga PU Kuantan yang meraikanya.

24 Jul 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TUDM

$
0
0

_ND41344 _ND41315 _ND41330

KUALA LUMPUR, 24 Jul 14 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua orang Pegawai Kanan TUDM yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.

Pegawai Kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat adalah Kol Rosni bin Aziz TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Brig Jen TUDM mulai 17 Mac 14, manakala Lt Kol Mohd Shaifuddin bin Mohd Shariff TUDM pula dinaikkan pangkat ke Pemangku Kol TUDM mulai 14 Jul 14.

24 Jul 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan ATM

$
0
0

_ND41448 _ND41389 _ND41412

KUALA LUMPUR, 24 Jul 14 – Satu majlis pemakaian pangkat kepada empat orang Pegawai Kanan ATM telah diadakan di Bilik Teratai, Tingkat 5, Kementerian Pertahanan hari ini.

Dua orang Pegawai Kanan TUDM iaitu Mej Jen Dato’ Sri Affendi bin Buang TUDM telah dinaikkan ke pangkat Lt Jen TUDM berkuatkuasa mulai 1 Jul 14, manakala Brig Jen Dato’ Hj Ibrahim bin Hashim TUDM pula dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM berkuatkuasa mulai 3 Jul 14.

Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli bin Mohd Zin serta isteri masing-masing.

25 Jul 14 : Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais

$
0
0

KUALA LUMPUR, 25 Jul 14 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, Markas Pemerintahan Operasi Udara telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Markas Operasi Udara di antara YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan YBhg Brig Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM hari ini. YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM  ditukarkan ke Markas Angkatan Bersama menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama.

Majlis telah disaksikan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Pegawai-pegawai Markas Operasi Udara.

6 Ogos 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Anggota MTU-Materiel

$
0
0

_NAZ8133 _NAZ8122 _NAZ8125

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 14 – PW U II Abdul Ghani bin Abdullah telah dinaikkan ke pangkat Pemangku PW U I di majlis pemakaian pangkat yang berlangsung pejabat AKS Materiel hari ini.

Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh AKS Materiel, YBhg Jen Dato’ Azizan bin Shaari TUDM.


8 Ogos 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP Dan Sambutan Hari Raya Markas Wilayah Udara 1

$
0
0

IMG-20140811-WA0003

IMG-20140811-WA0006

IMG-20140811-WA0007

IMG-20140811-WA0004

IMG-20140811-WA0009

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 14 – Satu majlis pemakaian pangkat kepada anggota Markas Wilayah Udara 1 telah diadakan hari ini. Seramai tujuh anggota telah dinaikan pangkat, antaranya PW U II Buda ak Ancha. Beliau telah dinaikan pangkat ke PW U I mulai 02 Jul 14. F/Sjn Roshaimi b. Abdullah dinaikan ke pangkuan PW U II mulai 06 Jul 14.

Majlis pemakaian ini telah disempurnakan oleh Panglima Markas Wilayah Udara I, Mej Jen Dato Azizool Arif bin Abd Ghani TUDM. Majlis ini juga diserikan lagi dengan jamuan hari raya.

8 Ogos 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Bahagian Kejuruteraan

$
0
0

_ND41722_ND41730

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 14 – Satu majlis pemakaian pangkat kepada anggota MTU-Kejuruteraan, iaitu PW U II Ahmad Zafiruddin bin Zainal Abidin telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nuri, Markas Tentera Udara hari ini. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Pangkuan Pegawai Waran Udara 1 mulai 1 Julai 2014.

Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kejuruteraan, Kol Dr Hj Md Zaki bin Md Zain TUDM.

11 Ogos 14 : Majlis Serah Terima Tugas Pengarah RANOP

$
0
0

_ND41909 _ND41861 _ND41869

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 14 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Bantuan Operasi, Markas Operasi Udara telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Markas Operasi Udara di antara Kol Dr. Mohd Yunus bin Masjuki TUDM dan Lt Kol Zainudin bin Sahak TUDM hari ini.

Kol Dr. Mohd Yunus bin Masjuki TUDM akan bertukar keluar ke Markas Pemerintahan Bantuan Udara dan  menjawat jawatan sebagai Ketua Staf.

Majis telah disaksikan oleh Ketua Pengarah Bantuan dan Kesiagaan, YBhg Brig Jen Dato’ Shabre bin Hj Hussein TUDM.

8 Ogos 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP ITU Ipoh

$
0
0

IPOH, 8 Ogos 14 – Majlis Pemakaian Pangkat anggota Lain-Lain Pangkat Institut Latihan Tentera Udara (ITU), Ipoh telah dilaksanakan di Bilik Pejabat Utama Komandan ITU.

Seramai empat orang anggota ITU telah dinaikkan pangkat iaitu F/Sjn (W) Rasidah binti Mokhtar yang dinaikan ke pangkat Pangkuan PW U II, Sjn U Ayob bin Ibrahim dinaikkan ke pangkat Pangkuan F/Sjn, Kpl U Ahmad Damanhuri bin Ismail dinaikan ke pangkat Pangkuan Sjn U dan LUK Ahmad Shahrozli bin Zailudin ke pangkat Pangkuan Kpl U.

Pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Komandan ITU, Kol Ahmad bin Abd Rahman TUDM dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dan staf ITU.

11 Ogos 14 : Perbarisan Bulanan Ketua Cawang Kejuruteraan

$
0
0

 DSC_6700 DSC_6723DSC_6730

KUANTAN,11 Ogos 14 – Perbarisan Bulanan Ketua Cawang Kejuruteraan  telah diadakan di Dispersal Hangar Cawang Kejuruteraan hari ini. Dalam perbarisan tersebut Ketua Cawang Kejuruteraan, Lt Kol Mohamed Zahari bin Dato’ Hj Yahya TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua orang anggota kejuruteraan.

13 Ogos 14: Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah PLPL TUDM Kinrara

$
0
0

 DSC_0001DSC_0040

KINRARA, 13 Ogos 14 –     Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah PLPL TUDM Kinrara telah diadakan di Padang Kawad PLPL. Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, YBhg Lt Kol Hayazi bin Ghazali TUDM. Perbarisan tersebut telah dihadiri oleh pegawai, staf dan pelatih-pelatih kursus yang terdiri daripada lima pegawai serta 240 anggota Lain-lain Pangkat.

Beliau telah membuat pemeriksaan perbarisan dan disusuli dengan upacara pemakaian pangkat lima anggota. Dalam ucapannya beliau telah mengingatkan kepada semua anggota tentang kepentingan disiplin, budaya regimental dan penggunaan media sosial.

15 Ogos 14 : Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah dan Ketua Staf Khidmat Markas Pemerintahan Bantuan Udara

$
0
0

 IMG_8497 IMG_8531 IMG_8545IMG_8557

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 14 -  Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah dan Ketua Staf Khidmat Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah diadakan di Padang Kawad MATRA 1 hari ini. Kol Toharudin bin Ab Rasid TUDM telah menyerahkan tugas Pegawai Memerintah dan Ketua Staf Khidmat MPBU kepada Kol Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM. Kol Toharudin bin Ab Rasid TUDM akan bertukar keluar ke Markas Tentera Udara dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Materiel.


29 Ogos 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Kanan TUDM

$
0
0

_REZ3175_REZ3136 _REZ3149_REZ3166

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 14 – Timbalan Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri HJ Roslan bin Saad TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada tiga orang Pegawai TUDM yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.

Pegawai Kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat adalah Mej Mohd Zaf Idzwan bin Mohd Nazir TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Lt Kol TUDM mulai 7 Jul 14, manakala Mej Rizal bin MD Ariff TUDM pula dinaikkan pangkat ke Pemangku Lt Kol TUDM mulai 7 Jul 14 dan Mej Amran bin Hassan TUDM pula dinaikan pangkat ke Pamangku Lt Kol TUDM mulai 1 Jul 14.

28 Ogos 14 : Pemakaian Pangkat Anggota Fleet Kenderaan

$
0
0

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 14 – Satu majlis pemakaian pangkat bagi anggota Fleet Kenderaan, Markas Tentera Udara telah disempurnakan oleh AKS Sumber Manusia, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mazlan bin Abas TUDM hari ini.

LUK Khairul Akmal bin Idris dan LUK Mohd Fadle bin Shamsudin masing-masing telah dinaikkan ke pangkat  Pangkuan Kpl U berkuatkuasa mulai 4 Ogos 14.

27 Ogos 14 : Perbarisan Ketua Cawang Tadbir Kolej

$
0
0

 DSC_3498_resize DSC_3504_resizeDSC_3516_resize DSC_3510_resize DSC_3512_resize

ALOR SETAR, 27 Ogos 14 – Perbarisan Ketua Cawang Tadbir telah diadakan di Dewan Aeroangkasa. Dalam perbarisan ini, Ketua Cawang Tadbir Kolej Tentera Udara, Mej Helmi bin Marjuni TUDM telah menyatakan agar warga tadbir meningkatkan lagi perlaksanaan tugas dengan lebih komited. Beliau juga turut memakaikan pangkat kepada kepada tiga anggota lain-lain pangkat yang telah dinaikkan ke pangkat pangkuan koperal udara dan pangkuan koperal.

2 Sep 14 : Jurulatih PLPP Dinaikkan Pangkat

$
0
0

SUBANG, 2 Sep 14 - Satu upacara Majlis Pemakaian Pangkat Jurulatih Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) telah diadakan di Bilik Mesyuarat PLPP.

Sjn U (W) Mardiana bte Ahmad dari ketukangan Pembantu Tadbir telah dinaikkan pangkat ke Pangkuan F/Sjn mulai 1 Jul 14. Beliau yang kini menjawat jawatan sebagai Jurulatih Pentadbiran telah mula berkhidmat di PLPP pada tahun 2007.

Di dalam majlis yang sama, Pegawai Memerintah PLPP juga telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada dua anggota PLPP yang telah kehilangan ahli keluarga iaitu bapa mertua kepada LUK Mohd Asmarul Zukim dan LU I Muhammad Saifuddin yang telah kehilangan bapa kandungnya. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Ahmad bin Yusof TUDM.

2 Sep 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kolej Tentera Udara

$
0
0

ALOR SETAR, 2 Nov 14 – Komandan Kolej Tentera Udara, Kol Sardon bin Hassan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada tiga orang pegawai TUDM iaitu Kapt Abdul Khalid bin Zainal Abidin TUDM, Kapt Abang Raduan bin Abang Madihi TUDM dan Kapt Sharizan bin Kamaruzaman TUDM. Mereka masing-masing telah dinaikkan ke  pangkat Mej TUDM mulai 23 Mei 14.

Viewing all 245 articles
Browse latest View live