Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia » Pangkat dan Jawatan
Viewing all 245 articles
Browse latest View live

31 Okt 14 : Pemakaian Pangkat Anggota Kejuruteraan PU Kuantan

$
0
0

PIC_2369

KUANTAN, 31 Okt 14 – Ketua Cawang Kejuruteraan, Lt Kol Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada F/Sjn Mohd Faizal bin Shaffie dari ketukangan Ground Electron yang telah dinaikkan pangkat kepada Pangkuan Pegawai Waran ll berkuatkuasa mulai 13 Okt 2014. Majlis pemakaian pangkat tersebut telah disaksikan oleh semua pegawai-pegawai dan anggota Cawang Kejuruteraan.


10 Nov 14 : Serah Terima Tugas Pegawai Waran PLP

$
0
0

DSC_9860_resize

ALOR SETAR 10 Nov 14 – Majlis serah terima tugas Pegawai Waran Pusat Latihan Pegawai (PLP) telah diadakan di antara PW U II Fauzi bin Ismail dengan PW U II Mohd Sofian bin Hasanaldin.

Majlis serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah PLP, Mej Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM.

10 Nov 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Anggota MTU- Kejuruteraan

$
0
0

KUALA LUMPUR, 10 Nov 14 – LUK (W) Eliza Hani bte Zaharudin telah dinaikkan ke pangkat Kpl U (W) di satu majlis pemakaian pangkat yang diadakan di Markas Tentera Udara hari ini.

Majlis pemakaian tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kejuruteraan, Kol Dr Hj Md Zaki bin Md Zain TUDM.

10 Nov 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TUDM

$
0
0

KUALA LUMPUR, 10 Nov 14 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada lima orang pegawai kanan TUDM yang diadakan di Markas Tentera Udara hari ini.

Mendahului, Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM telah dinaikkan ke pangkat Lt Jen TUDM dan menjawat jawatan Panglima Bantuan Udara. Manakala Brig Jen Dato’ Hj Ab Razak bin Mohd Khairan TUDM dan juga Brig Jen Dato Hj Jamal bin Abu Bakar TUDM masing-masing dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM.

Bagi pegawai kanan yang dinaikkan dari pangkat Kol TUDM kepada Brig Jen TUDM adalah Kol Dr Md Zaki bin Md Zain TUDM dan Kol Mohd Adkaa bin Hj Solahuddin TUDM. Semua kenaikan pangkat berkuatkuasa mulai 20 Okt 14.

Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.

13 Nov 14 : Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, Markas Pemerintahan Operasi Udara

$
0
0

 NAZ_4238NAZ_4243

KUALA LUMPUR, 13 Nov 14 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, Markas Pemerintahan Operasi Udara telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Markas Operasi Udara di antara YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan YBhg Brig Jen Dato’ Abdul Mutalib bin Datuk Abd Wahab TUDM hari ini. YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM  ditukarkan ke Markas ATM menjawat jawatan sebagai AKS Bahagian Perancang Pertahanan.

Majlis telah disaksikan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Pegawai-pegawai Markas Pemerintahan Operasi Udara.

17 Nov 14 : Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama

$
0
0

KUALA LUMPUR, 17 Nov 14 – YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dengan rasminya hari ini mengambil alih jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama dari YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di majlis serah terima tugas yang diadakan di Bilik Teratai, Kementerian Pertahanan.

Majlis telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin dan dihadiri oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mej Jen Dato’ Baharom bin Hamzah serta Pegawai-pegawai Kanan dari Markas Angkatan Bersama dan Markas ATM.

17 Nov 14 : Serah Terima Tugas AKS Perancang Pertahanan Markas ATM

$
0
0

KUALA LUMPUR, 17 Nov 14 – Majlis Serah Terima Tugas AKS Perancang Pertahanan Markas ATM telah berlangsung di antara YBhg Lt Jen Dato’ Hj Sabri bin Adam TUDM dengan YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM hari ini.

Majlis telah disaksikan oleh Ketua Staf Markas ATM, YBhg Laksamana Madya Dato’ Nasaruddin bin Othman.

12 Nov 14 : Serah Terima Tugas Ketua MATRA 1

$
0
0


20141112_094922 DSC_5583

KUALA LUMPUR, 12 NOV 14  - Satu Majlis Serah Terima Tugas Ketua MATRA 1 telah diadakan di Bilik Mesyuarat MATRA 1. Mej Mohd Fadzil bin Zainuddin TUDM telah mengambilalih tugas sebagai Ketua MATRA 1 daripada Lt Kol Abdullah bin Lazim TUDM yang akan bercuti sebelum menamatkan perkhidmatan. Upacara Serah Terima Tugas  telah disaksikan oleh Ketua Staf Khidmat MPBU, Kol Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM.


21 Nov 14 : Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara

$
0
0

NAZ_5251 NAZ_5189

KUALA LUMPUR, 21 Nov 14 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara (PSTU) telah berlangsung di Dewan Angkasaraya Pangkalan Udara Kuala Lumpur di antara YBhg Kol Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM yang telah mengambil alih tugas sebagai Pengarah PSTU dari Lt Kol Parvez bin Mohamed Yusuf TUDM.

Majlis telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, YBhg Brig Jen Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM dan dihadiri oleh Pengarah Perkhidmatan, Kol Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Kol Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM serta Pegawai dan Staf dari Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara.

24 Nov 14 : Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Bantuan Udara

$
0
0

IMG_9981 IMG_9919 IMG_9941

KUALA LUMPUR, 24 Nov 14 – Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Bantuan Udara telah diadakan di Padang Kawad MATRA1. Mantan Panglima Bantuan Udara, YBhg  Lt Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM telah menerima Tabik Hormat dari ketua perbarisan Mej Mohd Aswad bin Yusak TUDM.

Simbolik Serah Terima Tugas Panglima Bantuan Udara dilaksanakan apabila Mantan Panglima Bantuan dan menyerahkan Tongkat Kuasa kepada Panglima Bantuan yang baru YBhg Lt Jen Dato’ Hj Sabri bin Adam TUDM. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama Pangkalan Udara Kuala Lumpur Lt Mohd Helmi bin Mohd Norsham.

24 Nov 14 : Serah Terima Tugas Pengarah Kejuruteraan

$
0
0

REZ_5299 REZ_5296

KUALA LUMPUR, 24 Nov 14 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Kejuruteraan di antara Brig Jen Dr Hj Md Zaki bin Md Zain TUDM dengan Kol Ahmad Rafdzi bin Ab Rashid TUDM telah berlangsung di Markas Tentera Udara hari ini. Brig Jen Dr Hj Md Zaki bin Md Zain TUDM telah bertukar keluar ke DGTA mulai 20 Okt 14.

Majlis telah disaksikan oleh AKS Kejuruteraan, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Ab Razak bin Mohd Khairan TUDM dan pegawai serta anggota Bahagian Kejuruteraan Markas Tentera Udara.

24 Nov 14 : Serah Terima Tugas Panglima Operasi Udara Dan Panglima Bantuan Udara

$
0
0

REZ_5173 C46C0532 C46C0552 C46C0585 C46C0589 HNB_3047 REZ_5142

KUALA LUMPUR, 24 Nov 14 – Majlis Serah Terima Tugas Panglima Operasi Udara dan Panglima Bantuan Udara telah dilaksanakan di Markas Tentera Udara hari ini, yang telah disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.

Majlis serah terima tugas ini telah berlangsung di antara YBhg Lt Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM yang menyerahkan jawatan Panglima Bantuan Udara kepada penggantinya iaitu YBhg Lt Jen Dato’ Hj Sabri bin Adam TUDM.  YBhg Lt Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM bertukar ke Markas Tentera Udara dan telah mengambil alih tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara yang baru.

Pada majlis ini juga, turut menyaksikan upacara serah terima tugas Panglima Operasi Udara di antara YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang menyerahkan jawatannya sebagai Panglima Operasi Udara kepada YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.  YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah bertukar ke Markas Angkatan Bersama, menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama.

25 Nov 14 : Perbarisan Bulanan Ketua Cawang Materiel Kolej Tentera Udara

$
0
0

DSC_0017_resize DSC_0008_resize

ALOR SETAR 25 Nov 14 –  Perbarisan Bulanan Ketua Cawang Materiel telah diadakan di Dataran Cawang Materiel dan dihadiri oleh semua pegawai, anggota lain-lain pangkat serta anggota awam yang bertugas di Cawang Materiel Kolej.

Dalam perbarisan tersebut, Ketua Cawang Materiel, Mej Johari Azam bin Abu Hassan TUDM turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada LUK Kasyful Fuzair bin Azmi dan LUK Shamsul bin Yahya yang telah dinaikkan ke pangkat Pangkuan Koperal Udara.

4 Dis 14 : Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Waran Skn 322 TUDM Bukit Ibam

$
0
0

1111

BUKIT IBAM, 4 Dis 14 – Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Waran Skuadron telah diadakan di Padang Kawad Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam pada pagi ini. Upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Pegawai Waran Skuadron disaksikan oleh Pemangku Pegawai Memerintah Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam, Mej Mustaza Bin Mohamed Adnan TUDM.

PW U II Amran bin Hassim telah mengambil alih tugas sebagai Pegawai Waran Skuadron daripada PW U I Shaharunnizam bin Mohammed yang akan bersara dari perkhidmatan TUDM.

8 Dis 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Staf Pejabat Timbalan Panglima Tentera Udara

$
0
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis 14 – Satu majlis ringkas pemakaian pangkat staf pejabat Timbalan Panglima Tentera Udara telah diadakan di Markas Tentera Udara hari ini. LUK Dann Hanson anak Dening telah dinaikkan ke pangkat Pangkuan Kpl U berkuatkuasa mulai 3 Nov 14. Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM.


10 Dis 14 : Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TUDM

$
0
0

_ADI2793 _ADI2709 _ADI2733 _ADI2746 _ADI2761 _ADI2778

KUALA LUMPUR, 10 Dis 14 – Seramai lima orang Pegawai Kanan TUDM telah dinaikkan pangkat di dalam satu majlis pemakaian pangkat yang diadakan di Markas Tentera Udara hari ini.

Mendahului senarai, Mej Khairul Nawar bin Bokhari TUDM, Mej Mohd Khairudin bin Malek TUDM, Mej Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM, Mej Ahmad Nizamuddin bin Shamsuddin TUDM dan Mej Harisson bin Harun TUDM masing-masing telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Lt Kol TUDM.

Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM dan dihadiri Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.

15 Dis 14 : Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Kejuruteraan No 10 Skuadron

$
0
0

KUANTAN. 15 Dis 14 -  Satu Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Kejuruteraan (KBK) No 10 Skuadron telah dilaksanakan di Barisan Pertama No 10 Skuadron.

Mej Sang Yew Leong TUDM telah mengambil alih jawatan KBK daripada Lt Kol Khairul Anuar bin Abd Razak TUDM yang ditukarkan Pangkalan Udara Kuantan dan menjawat jawatan sebagai Ketua Cawang Kejuruteraan mulai 15 Dis 14. Majlis telah disaksikan Pegawai Memerintah No 10 Skuadron, Kol Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.

17 Dis 14 : Pemakaian Pangkat Anggota PKTU MAWILUD 2

$
0
0

KUALA LUMPUR, 17 Dis 14 –  Majlis pemakaian pangkat dua anggota PKTU telah diadakan di Bilik Mesyuarat MAWILUD 2. Majlis pemakaian tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Staf MAWILUD 2, Kol Noor Mohamad Akmar Bon Mohammad Dom TUDM.

Anggota PKTU yang telah dinaikkan pangkat adalah Sjn U Amir bin Othman dan Sjn U (W) Wan Razliza bt Ramli. Mereka dinaikkan ke pangkat Pangkuan F/Sjn mulai 5 Dis 14. Majlis tersebut dihadiri semua pegawai serta PTBK MAWILUD 2.

31 Mar 15 : Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TUDM

$
0
0

NAZ_6157 NAZ_6164

KUALA LUMPUR, 31 Mar 15 – Majlis ringkas pemakaian pangkat pegawai Kanan TUDM iaitu Kapt Mohd Noor bin Hasssan TUDM telah dinaikkan pangkat ke Mej TUDM mulai 4 Feb 15 dan bertugas sebagai Komandan PLKN Ulu Pari, Rembau, Negeri Sembilan yang telah di sempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato’ Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM.

1 Apr 15 : Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PU Kuantan dan Penyampaian Saguhati Fit To Fight

$
0
0

PIC_5282 PIC_5305  PIC_5342PIC_5332

KUANTAN, 1 Apr 15 – Satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PU Kuantan telah diadakan di Cabang Pergerakan Udara hari ini. Seramai tiga pegawai berpangkat Kapten TUDM telah dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM.

Upacara pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj  Yazid bin Arshad TUDM diiringi oleh Pemangku Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Azizan bin Md Isa TUDM.

Dalam majlis ini, Komander pangkalan sempat menyampaikan saguhati untuk pemenang pusingan pertama acara Fit To Fight. Saguhati ini adalah untuk menyuntik semangat para peserta bagi mengharungi dua lagi pusingan ke peringkat akhir.

Viewing all 245 articles
Browse latest View live