Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia » Pangkat dan Jawatan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 245

20 Ogos 13 : Lima Pegawai Kanan TUDM Menerima Kenaikan Pangkat

$
0
0

ADI_6517

ADI_6522

ADI_6533

ADI_6536

ADI_6546

ADI_6550

ADI_6557

ADI_6562ADI_6574

ADI_6581

ADI_6590

 

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 13 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada lima orang Pegawai Kanan TUDM dalam satu majlis yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.

Mendahului senarai pemakaian pangkat adalah Mej Jen Dato’ Hj Che Akmar bin Mohd Nor TUDM yang telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral TUDM dan diikuti Brig Jen Dato’ Affendi bin Buang TUDM yang turut dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM.

Manakala Pegawai-pegawai Kanan TUDM lain yang turut dinaikkan pangkat dari Kolonel TUDM kepada Pangkuan Brigadier Jeneral TUDM pula adalah Kol Mohd Tahir bin Basiron TUDM dan Kol Ir Razali bin Abd Ghani TUDM. Brig Jen Mohd Tahir bin Basiron TUDM akan terus memegang jawatan sebagai Pengarah RISUD di Markas Operasi Udara manakala Brig Jen Ir Razali bin Abd Ghani TUDM pula akan memegang jawatan Pengarah Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan dan Aerospace (PUSPEKA).

Pada majlis yang sama, seorang pegawai kanan wanita TUDM turut menerima kenaikkan pangkat, iaitu Lt Kol Fadzillah binti Abdullah TUDM yang dinaikkan ke Pangkat Kolonel TUDM dan memegang jawatan Pengarah Keupayaan di MTU-PPO.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 245

Trending Articles